Bosan

Selama ini mungkin kehidupan dan cara hidup aku agak membosankan atau mungkin aku yang merasa diri aku ini membosankan atau aku yang menyebabkan ia menjadi bosan. Aku mencuba untuk menjadi seseorang yang menarik dan menyerlah. Tetapi berkemungkinan belum lagi dan belum mencapai tahap kehidupan yang aku mahukan. Aku khuatir orang disekeliling aku akan menjadi bosan dengan gaya dan cara hidup aku. Sebab kadang-kadang gaya dan cara hdup aku berlainan dengan orang lain. Ada yang mengatakan aku bukan macam manusia biasa atau lelaki biasa. Hahaha....

Tapi pada aku kalau kita ada dan mempunyai ciri yang sama dengan orang lain mungkin itu lagi membosankan dan tiada tarikan. Betul tidak? Aku harap apa yang aku miliki dan punyai tidak sama dan berlainan sedikit dari orang lain, khususnya lelaki lain. Hal ini kerana sekiranya lelaki lain suka dan pandai main bola tetapi aku sebaliknya. Aku tidak kesah pon orang cakap aku seorang kaki bangku tapi aku ada minat dan bakat lain yang aku miliki. Tak salah kan?

Menulis pada aku adalah salah satu bakat dan minat yang aku miliki. Aku mula meminati menulis dan meluahkan apa yang aku lalui dan rasai semenjak zaman media sosial menjadi suatu kepentingan dan keperluan. Tidak diakui jika terlalu asyik dan taksub dengan media sosial dapat menimbulkan dan menyebabkan banyak perkara buruk lebih-lebih lagi dosa! Namun jika apa yang kita lihat, baca ,sampaikan, dan kongsikan adalah benda yang benar-benar baik dan berguna tidak menjad masalah.

Pada saya pengunaan media sosial dan pertumbuhanya yang kian meluas menjadikan saya sendiri merasa bosan untuk melayarinya satu persatu. Tapi jika kita gunkanya untuk perkara kebaikan dan bermanafaat nescaya kita akan mendapat rahmat, berkat dan lebih-lebih lagi pahala.

Comments

Popular Posts