Aku masih sendiri dan keseorangan walaupun aku dikelilingi ramai orang.
Kenapa?
haha.... tiada jawapan untuk itu..??
Tapi aq tau itu hanyalah khayalan dunia semata kerana Allah sentiasa ad bersama ku.

Setelah sekian lama mencuba baru aq sedar bahawa apa yang berlaku adalah suatu ujian yang Tuhan beri agar aq sentiasa ingat akan- Nya dan menjadikan aq sentiasa ingin berusaha dan mencuba tanpa rasa jemu dan penat. Setakat apa yang aq dah lakukan dan lalui sememangnya banyak dh kejayaan dan pencapaian yang aq kecapi disebalik kegagalan dan kejatuhan yang dihadapi.

Mungkin aq terlalu memikirkan dan mendalami apa yang tidak patut aq fokuskan wat masa ini, dan ia jadikan aq lebih berkhayal dan mabuk dengan keselesaan dan kemudahanya tanpa aq sedari kepayahan dan kesusahan yang ada dan  menanti.

" walau bising aq terasa sunyi sepi,
  terang tetapi ku nampak gelap,
  jangan di fikir apa yg dah jadi,
  tuk terus maju dan mantap"


Comments

Popular Posts