Mulut Orang

Banyak orang banyak ragam, itu lah peribahasa melayu tentang kehidupan manusia yang tidak mempunyai persamaan antara satu dengan yang lain. Mereka mempunyai sikap dan sifat yang berbeza antara satu sama lain walaupun mereka adik-beradik atau mungkin kembar.
Sebenarnya itu adalah salah satu tanda kekuasaan Allah Taala yang Maha Pencipta dalam kejadian setiap mahluknya. Sememangnya tiada yang dapat mengubah atau mengolah apa yang telah menjadi suratan dan ketentuan Allah. Sebagai manusia kita perlu ketahui bagaimana untuk mengawal sifat dan sikap kita. Samada baik atau buruk. Sudah tentunya yang buruk adalah sesuatu yang mahu kita jauhi dan hindari. Kerana segala yang baik datang dari Allah manakala yang buruk datang dari manusia itu sendiri. Namun begitu ramai kalangan manusia yang memilih atau mengamalkan tabiat buruk atau perkara buruk itu dalam kehidupan mereka.
Pertama dan amat ketara sekali adalah mulut orang yang suka untuk mengata apa shaja tanpa memikirkan kesanya. Pepatah melayu ad mengatakan terlajak perahu boleh di undurkan terlajak kata buruk padahnya.
Kadang-kadang hanya kerana kata-kata orang kita akan terkena tempias atau kesanya walau bukan secara terus. Kesan inilah yang menyakitkan.

Comments

Popular Posts