Desakan

Aq mengalami satu perasaan yang amat celaru dan runsing. Aq sememangnya telah jatuh cinta dan sayang pada seorang wanita bernama Soleha binti Sarni. Tapi itu semua bergantung pada jodoh yang telah di tetapkan ALLAH, jika Dia telah berkehendakan bahawa aq adalah jodoh  wanita ini mka jadilah. Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahuinya aq hanya mampu merancang dan mengikutinya.
Aq amat memohon pada Allah agar jika benar dialah jodohku maka, jadikanlah dia jodoh yang terbaik buat diriku. Aq akan berusaha untuk memperbaiki dan menjadikan diriku lebih baik dan menjadi benar-benar sedia menghadapi ketentuan Allah.

Sudah ku bertanyakan pada empunya diri adakah dia mahukan aq. Jawapanya tidak. Namun aq tidak akan mudah untuk putus asa dan kecewa kerana aq mencintainya kerana Allah dan akan ku menikahinya kerana Allah. Kedua-dua belah keluarga bagai telah merestui hubungan kami namun aq juga berserah pada Allah adakah jodoh kami ada. Walaupun dia tidak mahukan aq tapi kalau dah jodoh tidak kemana.

Buat masa sekarang aq masih lagi memikirkan cara untuk aq menghabiskan pengajian aq di Universiti ini.
Jika aq dapat menghabiskan pengajian tanpa perlu menambah semester syukur Alhamdulilah aq ucapkan.
Namun aq terasa desakan yang agak rumit bile keluarga aq seolah-olah mahukan aq cepat tamat pengajian dengan jayanya dan lulus, seterusnya mendapat pekerjaan dan bila dan ada duit yang cukup aq bolehlah meminang soleha dan mengahwininya.

Sebenarnya aq sememangnya belum benar-benar bersedia tapi jika ketetapan Allah mengatakan bahawa aq dah boleh berkahwin aq akan bernikah la. Terus berusaha bagaikan menjadi cogan kata dalam diri aq. Walaupun teruk akan aq mencuba. Kerana dalam kesusahan, kepayahan, keperitan dan kesakitan barulah akan merasai rasanya mencuba hingga berjaya. Apa yang paling penting adalah kita akan menghargai kejayaan dan kemenangan yang kita dapat dengan sebenar-benarnya.

Sekarang ini aq cuma mahukan sokongan yang padu dari seseorang yang dapat memberi aq inspirasi dalam dunia nyata bahawa aq boleh berjaya dalam pelajaran dan hidup walaupun bermula dari bawah dan susah.
Sememangnya aq telah berdoa namun aq tetap berusaha untuk terus berjaya kerana Allah mahukan hambanya berusaha dahulu barulah akan dikabulkan doanya. Segala usaha dan kepayahan itulah tangga dan kayu ukur dalam kejayaan seseorang.

Dikesempatan ini aq ingin untuk memohon maaf dan meminta segala permasalahan aq dan kalian semua dapat di maafkan dan diselesaikan dengan cara baik dan elok. Kerana harapan aq bahawa semasa aq menjawab soalan peperiksaan akhir semester ini mendapat kesenangan,kenudahan, kebijaksanaan, kepandaian, kejituan , kecerdikan dan kecerdasan yang tinggi. Hingga aq mendapat keputusan yang cemerlang baik dan memuaskan hati  aq dan semua.

Kerana memiliki segalanya bukanlah suatu keperluan tetapi memiliki keperluan adalah segalanya.



Comments

Popular Posts