Ulang Tahun Kelima

 Assalamualaikum, kepada warga net sekalian. Tanpa sedar, telah 5 tahun berlalu sejak 17 Nov 18 abg bergelar ketua keluarga. Ia mungkin tempoh yg awal n muda bagi sesetengah dari warga net. Bagi abag ia adalah tempoh yg lama serta pelbagai.

Pada awalnya berdua terus jadi berempat, mgkin slps ini berlima or berenam 😆. Ape pun skrg komitment pada diri, keluarga dan sekeliling amatlah tinggi serta besar. Searus dengan masa yg berlalu tanpa sedar.

Hajat dan doany adalah agar, sentiasa berada dalam lindungan, rahmat, berkat, rezeki, kesihatan, kebahagian dan kesyukuran daripada Allah s.w.t. ke atas segalanya yg telah di kurniakn dan di berikan. Kerana ape pun yg berlalu, berlaku serta terjadi adalah di dalam perancangan, percaturan serta penentuan dari Allah s w.t tanpa ragu ragu.

Selain itu abg juga berharap diri abg sendri, dapat lebih bersabar, berkhemah, ikhlas, kuat semangat, rajin, jujur, bijak serta berdaya saing dalam menjalani, mendalami, melalui serta menghadapi kehidupan ni sehingga ke akhir waktu. Bukanlah sebab kerana diri ini sendiri tetapi utk setiap yg di bertanggungjawabkan ke atas diri ini juga perlu di ambil peduli.

Alhamdulilah syukur atas setiap pencapaian, dapatan serta rezeki sepanjang 5 tahun ini. Kerjaya, pekerjaan suami istri, zuriat, kenderaan keluarga, rumah pertama utk keluarga serta simpanan utk hari mendatang adalah sesuatu nikmat yg amat amat besar bagi diri serta keluarga kecil abg.

Mungkin bakalnya akan ada penambahan pendapatan, zuriat, kerjaya dan juga rezeki laen yg lebih baik dan berguna, inn shaa allah pada masa hadapan. Segala itu semua adalah pada Allah s.w.t dan hanya Dia yg mampu utk mengurniaknya setelah kita berusaha, mencuba, berdoa serta berserah pada Nya, Aminnnnnn.

Jika ikutkn hati byk sgt yg ingin di capai di nikmati serta di mahukan dalam hidup ini. Akan tetapi sedar ia juga ada batasan tentangan serta limitasi yg bole dikawal serta di jadikan sandara pada diri dan keluarga dalam mengapai sesuatu pada masa skrg atau akan datang. Apepun mencuba, berusaha, berdoa serta bertawakal atas segalanya dan yakin pada Allah, utk setiap sesuatu, inn shaa allah akan di kabulkan serta dikurniakn aminnnnnnn. 

Akhir kata abg amat amat syukur atas segalanya yg telah ada, dan akan sentiasa berusaha dan berdoa agar ianya di redhoi serta mendapat keberkatan Allah s.w.t sentiasa hingga ke syurga. Aminnnnnnnn



Comments

Popular Posts