Fasa Baharu Kehidupan
Assalamualaikum,
Alhamdulilah telah berjaya melengkapkan ibadah puasa untuk tahun 2023. Mood raya masih terasa walaupun telah 6 hari ia menjelma. Ape pun abang rasa ia adalah salah satu peralihan fasa bagi hidup yang dah 32 tahun ni.
Menjalani ibadah puasa dengan lebih cabaran sebab kene gastrik kronik, selain cuaca yang agak panas dan kering di Malaysia. Perlu menjaga pantang dalam pemakanan serta menjaga waktu sahur dan berbuka dengan baik untuk mengelak sakit gastrik bertambah teruk. Alhamdulilah ia ternyata memberi kelebihan dan kebaikan ke atas sakit tersebut.
Namun setelah ramadhan menjelang ke penghujung, abang mula rasa kehilanganya dan mula merinduinya apatah lagi ia telah berakhir untuk tahun tersebut. Hari raya pula tidak dapat di rasa dengan lebih meriah, teruja dan berkobar seperti tahun terdahulu. Faktor usia, keluarga dan kerjaya mungkin menjadi asbab akan perasaan tersebut.
Sesetengah pempengaruh dan ahli ilmu berpendapat, ia adalah tanda bahawa kita telah mula memasuki peralihan fasa dalam kehidupan. Kita merasakan sesuatu yang sebelumnya menjadi suatu titik tolak kegembiraan dan kesukaan menjadi sesuatu beban, kebingitan, kepenatan dan kelelahan. Ia di anggap sesuatu yang biase dan tetap sama seperti sebelumny dan seterusnya.
Bagi abang ia sememangnya sesuatu yang amat merubah titik tolak dalam kehidupan ini untuk jadi lebih baik dan berguna. Mencari erti sebenar kehidupan dan keperluan serta kewajipan ke atas kita sebagai hamba Allah S.WT di atas muka bumi ini menjadi punca utama kita tetap teguh dalam perjalanan hidup ini. Kerana ia adalah penentu akan kehidupan kita di negara abadi kelak.
Apepun bersempena dengan bulan aidilfitri ini abang memohon keampunan dan kemaafan buat semua yang membaca serta mengenali abang sekeluarga atas segala salh dan silap yang mungkin berlaku dengan sedar & tidak sedar dari kami.
KetupaT lemanG Dan Rendang,
duiT Raya dan Ziarah menziarahi,
Ampun dan Maaf dari abang,
Untuk seluruH penghunI Duniawi.
![]() |
Gamba paling molek Raya 2023 |
Comments
Post a Comment