Situasi Dunia Kini

Assalam, kepada seluruh umat manusia,

Pada waktu ini dunia sedang berdepan pandemik covid-19 yang belum nampak tanda & jalan untuk ia pulih sepenuhnya dalam waktu terdekat.

Negara Asia, khususnya Malaysia sedang berdepan krisis pendemik ini dalam keadaan kurang teratur dan tersusun tetapi masih dalam keadaan terkawal (hanya sesetengah kawasan yang kurang terkawal) untuk mencapai tahap pemulihan penuh. d
Pelan pemulihan negara (PPN) yang telah di adaptasi dari kerajaan mungkin tidak dapat mencapai unjuran pencapaian dalam kerangka yang telah di senaraikan.

Situasi penularan virus ini sebenarnya bertitik tolak dari pelbagai punca dan sebab yang boleh di kawal & tidak di kawal oleh manusia. Peratus punca luar kawalan manusia adalah rendah berbanding dalam kawala manusia yang selalunya di anggap bukan punca da sebab utama.

1) Luar kawalan manusia

 Antara punca luar kawalan manusia adalah seperti bencana alam, penularan melalui sumber asli, jangkitan pada haiwan dan makanan serta iklim sekitar. Namun punca dan sebab ini adalah amat amat rendah untuk merebak dan menular sekiranya manusia sendiri mengutamakan amalan yang bersesuaian serta bertepatan dengan alam.

2) Dalam kawalan manusia

 a) Perubatan, fasiliti dan komunikasi
Tiga faktor ini adalah sesuatu yang manusia telah lama lalui, kaji, hadapai, tempuhi dan dalami sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Akan tetapi manusia sering menjadikan tiga faktor ini satu kelemahan yang boleh menyebabkan penularan dan peyebaran wabak ini tidak dapat di atasi dengan baik. Seperti contoh golongan anti vaksin, kumpulan menyangkal pendemik, serta komuniti yang berserah dan ikthiar tanpa usaha. Tim perubatan yang terdiri dari kalangan doktor, jururawat, pembantu perubatan, ahli farmasi serta ahli sains mereka adalah manusia. Fasiliti pula terdiri daripada tim penyelengara hospital, "frontliner" bukan perubatan, dan staff pemberi vaksin semuanya manusia. Manakala tim komunikasi seperti penyedia jaringan internet, pemberita, penyampai maklumat dan penyelengara kemudahan ini juga adalah manusia. Mereka semua adalah
 saling berkait rapat demi untuk menjayakan misi dalam peperangan menentang virus pendemik ini.

b) Pemimpin, ahli politik, golongan kayangan, orang ternama
Mereka ini adalah golongan manusia kelas atas yang mereka rasa sewaktu pendemik ini mereka adalah pemegang bidik catur dalam menentukan halatuju serta penentu cara dalam mendepani pendemik. Tetapi mereka jugalah yang menghasilkn sebaliknya. Ada yang merasakan mereka adalah golongan keutamaan ada pula yang rasa kuasa mereka perlu di utama ada pula yang merasakan bahawa mereka tidak terkesan pada virus & boleh berbuat sesuka kerana mereka yang memegang jajaran 'emas' golongan yang tiada. Ini semua dapat di kawal oleh manusia, kerena mereka manusia.

c) Undang-undang, cara kawalan, pelarasan dan perlaksana
Ciri-ciri ini juga memaikn peranan amat penting dalam pengawalan serta pencegahan pendemik ini. Hal ini kerana semua ini manusialah yang mewujudkanya serta mewartakanya dan melaksanakanya. Tanpa manusia yang cukup sifat dan nikmat barulah ia tidak dapat menjadi kenyataan dan kebenaran. Hanya segelintir manusia yang kurang sifat da nikmatnya. 

Ingatlah wahai manusia, zaman ini bukan zaman kita untuk berlumba, tetapi zaman untuk kita bertahan dalam meneruskn generasi, jika kita gagal maka generasi itu tidak akan wujud malah hilang. Sedarlah, sedarlah, bangunlah, bangkitlah serta celiklah dari khalayan dunia. Bagi mereka yang beragama, Allah s.w.t itu hanya satu tapi Pemilik kepada segala-galanya termasuk manusia, virus, penyembuhnya, apa
 sahaja atas dunia ini. Maka kembalilah kepada jalan yang benar, maka kembalilah kepada seruan Allah s.w.t.

Siapakah manusia dalam tulisan ini?  penulis helaian ini, pembaca, semua yang memerlukan oksigen untuk bernafas serta air untuk makan dan minum.

Sekian.
Wasalam

Comments

Popular Posts