Soalan Manusia dan Jawapan yang Tersedia.

Salam....
Manusia diberi nikmat dan kelebihan yang tidak terhingga.
Tapi pinjaman ini akan di nilai suatu masa nanti.
Namun bagi diriku, nikmat yang diberi terlalu banyak cuma tidak semua aku nikmati dengan cara dan keadaan yang sebenar dan baik.
Walhal Allah tidak putus-putus memberikannya kepada ku.
Hai anak adam tidakkah kau merasa takut!!!!
Sesungguhnya jika kita berdoa dan berbuat seperti mana yang kita wajib dan patut lakukan nescaya tiada yang mustahil.
Kerana Dia iaitu Allah maha Agung dan maha Sempurna.
Minta sahaja pasti dapat.
Tapi tanpa cara dan keadaan yang betul belum tentu diluluskan.

Ingat Al-Quran adalah bacaan, rujukan, risalah, buku dan kitab yang tiada tolok bandingan dengan yang lain.
Baca, fahami, hayati, rasai, dan cintainya dengan sepenuh jiwa maka berolehlah kau sesuatu yang tidak pernah kau rasai dan perolehi. Segala ilmu tersimpan didalamnya. Segala jawapan untuk setiap soalan ada disitu, maka terokai, kaji dan dalaminya tanpa ragu dan takut.
Pilihan ada didada dan fizikal mu.


Comments

Popular Posts