Syukur

Bersyukur dengan apa yang ALLAH dah berikan adalah sesuatu yang amat penting. kerana DIA adalah pemilik dan pencipta segalanya. Aq amat bersyukur dengan segala nikmat dan keberkatan yang diberikan dan dikurniakan. Aminnnnnnnn
Sebagai seseorang yang masih muda selayaknya aq banyakkan berusaha dan dalam masa yang sama beribadah dalam menjadi lebih baik dan beriman.Kerana pada waktu inilah kita akan merasai kenikmatan hidup yang tiada bandinganya. Jika kita tahu bertapa nimatnya , indahnya , gembiranya , dan beruntungnya dapat melalui kehidupan di dunia ini.
 Aq telah capai beberapa impian aq dalam hidup namum masih ada lagi yg sedang dalam proses untuk aq capai. Harap dengan segala pertolongan dari ALLAH dan usaha yang gigih dan kental aq selama ini dapatlah aq mencapainya dan memperolehinya.

Lebih baik diam jika tidak tahu.
Jangan merungut dan mengeluh.
Malas adalah penyakit segala kehidupan.
Benci ibu segala kejahatan.
Sabar adalan kunci kejayaan.
Usaha dan  tekun pati untuk pandai.
Fikir sejenak lebih baik dari berhujah tanpa tujuan.
Menurut beberapa ulama dan mungkin ia adalah salah satu Firman atau Sunnah, maaf tidak pasti:
Ingat lima perkara sebelum Lima perkara :
1) Sihat sebelum sakit
2) Muda sebelum tua
3) Kaya sebelum miskin
4) Lapang sebelum sempit
5) Hidup sebelum mati

Ramai yang takut mati tapi tanpa kita sedari kita sebenarnya telah melalui satu kehidupan yang penuh onak dan duri dan bermacam lagi. Setiap umat manusia merasainya tanpa ada pengecualian. Namun perkara itu tidak kita sedari jika kita hayati 5 perkara yang di atas. Sekiranya perkara 5 ini dihayati maka proses hidup dan mati adalah sesuatu yang telah dapat kita bayangkan sepanjang kehidupan hinngalah ke saat sebelum mati.
Mudah- mudahan dengan madah dan kata ini dapat meleraikan lara, sibuk, duka dan kekecewaan dalam diri saya dan kalian.

Comments

Popular Posts