Anugerah Yang Indah

Cinta adalah salah satu anugerah Tuhan yang indah untuk setiap umat manusia.
ALLAH menjadian manusia dengan pelbagai bangsa , keturunan , rupa , warna kulit dan sebagainya.
Namun cinta adalah sesuatu yang paling indah kerana mampu untuk menghubungkaitkan semua ini menjadi satu. Walaupun tidak semuanya dapat menjadikan sesuatu yang benar-benar sempurna kerana hanya ALLAH yang paling sempurna dan teragung.
Aku amat bersyukur Tuhan memberikan aku peluang untuk merasainya walaupun sukar untuk aku tangani dan hadapi. Tapi jujur aku katakan bahawa aku bangga dapat dan sempat merasainya walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi.
Kerana Dia tahu apa yang hambanya mahukan dan inginkan.
Malah didalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang cinta dan kasih sayang.
Sebagai manusia layaknya aku perlu sandarkan cinta aku pada-Nya tanpa berbelah bahagi kerana Dia lah pemilik , pencipta , dan berkuasa ke atas aku.
Aku terlalu kerdil, lemah, jahil, dan kecil untuk meragui-Nya.
Jodoh adalah perkara ghaib.
Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.
Janganlah bersedih bila cinta tak dibalas
Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.
Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun Dia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Comments

Popular Posts